Thursday, June 30, 2011

Bekas jurulatih Perlis meninggal dunia

BEKAS jurulatih skuad Piala Malaysia Perlis, Mohd Mohayudin Rosli, 68, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di Kangar, pagi semalam selepas diserang sakit jantung. 

Allahyarham, bapa kepada empat anak meninggal dunia kira-kira sehari selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HTF pada pagi Ahad lalu, selepas dilaporkan koma di rumahnya di Taman Jejawi.
Anak lelaki Allahyarham, Mazerul, 37, ketika ditemui berkata beliau kali terakhir bersama bapanya itu di hospital selepas bergegas pulang dari Kuala Lumpur, sebaik dimaklumkan Allahyarham kritikal.
“Ayah memang sinonim dengan dunia bola sepak Perlis. Selain itu, dia juga bekas kakitangan Jabatan Belia dan Sukan negeri, selain pernah berkhidmat sebagai Inspektor Kesihatan di Jabatan Kesihatan negeri,” katanya. 

Allahyarham meninggalkan meninggalkan seorang balu, Che Rahillah M A Bakar, 63, serta tiga anak perempuan iaitu Mazura, 40, Malisa, 31 dan Mazila 25. 

Mohayudin adalah bekas pemain bola sepak pasukan Piala Malaya Perlis pada 1964 sehingga 1969 dan pernah menjadi penolong jurulatih pasukan kebangsaan Harimau Malaysia pada 1982 hingga 1984. 

Pasukan pimpinan berjaya menjadi juara di Kejohanan Kemerdekaan Indonesia, Bangladesh dan India sehingga diberi kepercayaan menjadi jurulatih pasukan Piala Malaysia Perlis dari 1985 sehingga 1989. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...